Sunday, 22 May 2016

Filled Under:
,

Tubuhnya Yang Putih Mula Menghitam - Pengurus Jenazah Cerita Pengalaman Mandikan Mayat Lelaki Tukar Jantina



Janji Allah itu pasti. Setiap dari pada kita akan merasai kematian. Dan  yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain adalah amalannya ketika dia masih hidup.

Allah S.W.T Maha Besar, menunjukkan kekuasanNya supaya dijadikan pengajaran kepada yang masih hidup.

Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalamannya memandikan mayat seorang lelaki yang menukar jantina semasa kehidupannya.

Syed Sohleh Syed Jalaluddin berkongsi kisah itu di Facebook dengan harapan ia menjadi iktibar buat orang ramai.


SALAH SATU DARIPADA PENGALAMAN YANG SAYA LALUI SENDIRI KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH.
Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.
In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak
( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis. Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-
" Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ".
( Surah AT-Tiin ayat 4 )





0 comments:

Post a Comment