Tuesday, 24 May 2016
Isteri Alif Satar Tidak Tahan Melihat Alif Satar Beraksi Dalam Drama Dengan Nana..!!
Posted By:
Unknown
on 11:50
Siapa sangka lakonan romantis Aliff Satar di dalam drama terbarunya iaitu Dia Semanis Honeyberjaya memberikan impak yang besar kepada penonton. Malah Aliff juga akui isterinya turut tidak ketinggalan menonton drama itu dan kadangkala beliau juga berasa sedikit cemburu melihat adegan romantik beliau bersama Siti Nordiana.
Menurut Aliff lagi;
“Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis didalam drama itu dan kadang kala dia menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya yang sebenar”
“Apabila dia berasa cemburu, Sha akan memberiekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar. Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini,” katanya menerusi Kosmo Online berhubung perasaan cemburu yang dipamerkan isterinya itu.
Pada masa yang sama, Aliff turut meluahkan rasa bersyukurnya kepada pengarah drama terbabit, Micheal Ang yang telah menaikkan namanya semula selepas 10 tahun berkecimpung didalam bidang seni tempatan. Katanya lagi mungkin keserasian serta populariti Siti Nordiana juga membantu menjadikan drama itu meletup.
Drama tayangan Astro, Dia Semanis Honey yang ditayangkan sejak awal Mei lalu hangat diperkatakan umum kerana keserasian yang ditonjolkan oleh gandingan Aliff Satar dan Siti Nordiana. Malah ramai juga yang mula angau dengan adegan romantis mereka berdua yang berjaya memukau pandangan penonton.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment