Pelakon filem Tentang Bulan iaitu Aedy Ashraf ternyata terkejut dengan perkara yang berlaku antara dia dan juga Jejai.
Pelakon tersebut yang kini berumur 23 tahun itu mendakwa ditegur oleh Jejai yang merupakan bekas suami Fasha Sandha disebabkan keakraban antara dua pelakon itu.
Jejai memberi amaran sewaktu melihat Aedy, Fasha dan juga beberapa kenalan lain sedang berbual sesama mereka.
Ini komennya:
Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu.
Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha. Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah
Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu
Menurut Aedy, hubungan dia dan Fasha Sandha tidak lebih daripada seorang kawan malahan, Aedy menganggap Fasha seperti kakak kandungnya sendiri.
Bagi Aedy, itu hanya salah faham sahaja dan enggan mengulas dengan lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment