Monday, 23 May 2016
Filled Under:
kisah benar
Masa Selekeh Buang, Dah Cantik Baru Nak Terhegeh Hegeh “Janda Yang Ditinggal Suami”
Posted By:
Unknown
on 20:39
Kehidupan berumahtangga setiap pasangan tidak boleh mengelak dengan apa yang berlaku pada masa depan, sesetengahnya bahagia namun ada sebagian mereka yang bernasib malang hingga perkataan “cerai” dilepaskan.
Namun apa yang memeranjatkan adalah apabila dia sudah bercerai dia kini telah menjadi seorang yang cukup cantik,dalam pada masa yang sama bekas suaminya pula cuba memujuk balik untuk bersama.
Apapun akhir dari kisah yang bakal anda baca ini semoga menjadi
Luahan janda Sudah ditinggal suami baru pandai nak melawa.
Kalu janda yang cantik-cantik, mesti orang mengata, masa ada suami selekeh,dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari baru terhegeh hegeh cari lipstik bagai.
saya nak share satu story client lama saya (atas izin)
During hearing case(anak dia),saya kagum sangat,usia dah hampir separuh abad tapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulus tegang. setiap kali hadir ke court,ex husband pun tak pernah miss datang. At first place saya tak pernah sangka yang diorang dah cerai, ex husband nampak so caring .
Saya perasan akak ni selalu je macam nak marah,buat tak tahu dan tak layan kat ex husband dia (masa itu tak tahu pun diorang dah cerai) ,tapi bila akak ni tengok reaksi saya yang macam tertanya tanya then dia cakap ,puan nurul jangan salah sangka,akak dah cerai lama dah.
I was wow,bagusnye ex husband akak sampai tak pernah miss datang tengok kes anak dia. akak tu cakap,dah gila talak,nak buat mcm mana biar dia rasa.
Saya ni selalu puji,akak ni cantik,akak ni bergaya,lembut orangnya, kenapa akak divorced. the next hearing date,after abes case kita orang turun cafe, sembang-sembang sampailah bab peribadi. dia bawak keluar satu pic lama dari dalam beg ,it was her and her ex husband.i was shocked!!
Hitam, gemuk. Tak make up langsung, berkain batik. selekeh. while man standing next to her quite handsome.
15 tahun akak abdikan diri dengan suami. kerja nurse berhenti laki suruh. duduk rumah jaga anak. duit tak ada. laki beri cukup-cukup makan. tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau akak keluar jalan-jalan. Duduk rumah je jaga anak ,laki pulak sesuka hati keluar nak kawan-kawan. akak sabar je.akak beranak setahun seorang -4 orang anak. letih tuhan je tau.
Laki akak start berubah bila akak jadi gemuk, bukan sengaja, tapi tiap-tiap tahun beranak tak sempat nak kurus. akak nak keluar jogging tak ada orang nak tinggal anak, nak beli ubat kurus, jamu duit tak ada,nak melawa duit tak ada.
Laki pulak elok je beli barang baru,baju baru, tapi tak buat balik kat bini. Selepas laki naik pangkat, laki dia dah start menghina. awak duduk rumah, selekeh tak macam orang opis saya. Laki duduk start bandingkan dia, hina tubuh badan dan sampai satu masa, berbulan bulan dia tak disentuh.
Akak ni nekad nak goda semula laki dia, so lepas je lahirkan anak keempat, dia belajar menjahit. bawak keempat anak kat balai raya pergi belajar menjahit. laki nak tolong?harem.mengutuk adalah.lepas belajar jahit,akak ni amik upah jahit.adalah duit sikit,bolehlah beli baju baru sehelai dua.
Dalam duduk usaha nak pikat hati laki, tup-tup kantoi laki menikah sorang lagi dekat thailand. sedih tak terkata, terasa begitu hina, sudahlah nafkah culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit,tapi boleh kawen lagi satu.bini baru kerja satu opis.anak dara,cantik dan bergaya.
Akak ni redha,cube sedaya upaya selamatkan perkahwinan walau pun lepas, laki dah jarang bermalam. paling teruk bila madu dapat anak seorang, nafkah tak diberikan terus. akak ni kerja menjahit sara anak-anak, balik je umah dia, laki akan bandingkan dengan madu yang cantik ,pandai jaga badan,pandai segala serbi.
Sejak ada bini baru, laki dah pandai naik tangan,kadang-kadang laki bermalam kat umah dia, bini baru datag suruh balik sana, laki akan balik and tinggalkan dia sorang-seorang. Sepuluh tahun akak ni dimadukan.
Hari sebelum dia diceraikan dia orang bergaduh, pasal nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang dah lama suami tak tunaikan. bila gaduh ada tengking menengking. Dan akak ni tak tertahan mintak cerai.masa itu suami dia menghina, bagi tahu kalulah lembu dengan dia,lagi sanggup tidur dengan lembu. Lepas laki dia cakap macam itu, Allah telah hadirkan perasaan benci teramat pada laki dia sampaikn pertama kali dalam hidup dia mintak cerai.
Suami dia dengan mudah menceraikan dia, selepas kena cerai, laki siap cakap, aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku, kalu nak aku rujuk balik,jangan lupa datang rumah xxx(madu) sebelum tamat tempoh iddah, lepas dah tamat tempoh iddah aku tak kuasa dah nak layan rujuk dengan kau.
Terasa terhina ,akak ni tak menoleh kebelakang. angkat kaki, balik kampung bina hidup baru. bukak kedai jahit, now dah ada ramai kakitangan. rezeki makin banyak, duit banyak hidup tenang.
Lepas dia dah agak kaya, madu tak puas hati, paksa jugak ex laki buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan. lingkup. Sekarang menanggung hutang dengan bank. dari pakai harrier now dah downgrade to viva. Sekejap je Allah tarik.
Lepas tak ada laki baru boleh bergaya, melawa, sebab tak ada sapa nak tanggung,ada duit sendiri,masa ada laki mcm mayat hidup,tiap-tiap tahun beranak, yang jaga nya dia sorang,duit tak ada, laki nak beli make up baju? haremmm.kawen lain adalah.
Sekarang akak dah kurus dah cantik duit banyak, giliran madu lak hidup susah main dengan anak-anak kecik. madu dulu yang kurus dah gemuk, tambah pakej lagi madu dia ni pandai menjawab, kalau tak kena habis pinggan mangkuk dilempar.
Masa saya handle kes akak itu, dah almost 3 tahun ex laki dia duk kejar, nak rujuk semula, caring dan terlampau baik ,tapi akak ni tak layan. Tunggu depan pintu,tunggu kat tangga rumah, kat mana-man nampak je ex laki macam orang tak betul. gila talak.
Sempat lagi akak ni gurau, akak ni puan nurul termasuk dalam salah sorang janda yang tak ada laki baru pandai nak melawa, orang duduk mengata kita tak pandai jaga laki, laki dah lari baru nak bergaya. tapi orang tak tau,kita jadi mayat hidup sebab ada laki tak guna,miskin tapi ada nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kite beranak tiap-tiap tahun lepas itu bukan nak berterima kasih tapi dijadikan modal pulak nak menghina isteri. Baik hidup sendiri,ada duit sendiri tak payah menanggung biawak kat rumah.tergelak saya dengar akak ni cakap.
Dah ada yang baru, yang lama dibuang. sekejap je huru hara hidup. biarkan dia rasa kata akak ni.
Semoga jadi teladan.terkesan pada kata-kata akak tu, miskin tapi nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa-apa xxx.
Urmmm..semoga suami kita anak-anak kite saudara lelaki kita jadi suami yang bertangungjawab dan baik pada isterinya.Nurulbadiah Lai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment