Sunday, 22 May 2016
Filled Under:
semasa
“Sesiapa Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Ketika Kejadian Semalam, Anda Adalah Pembunuh!”
Posted By:
Unknown
on 23:29
Semalam kira-kira jam 3.30 petang berlaku kemalangan berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah terlanggar sebuah kereta rosak.
Kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin.
Namun, kerana dek sifat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan pihak ambulan tiba begitu lewat sehingga 3 jam.
PEMBUNUH2 sekalian,jenayah korang bermula di sini. Lorong tengah dan lorong kanan terus tertutup dan x dapat dilalui. Tinggal satu lorong. Dan bila jadi mcm ni PEMBUNUH2 ni buat apa yg diorg selalu buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dhla guna lorong kecemasan, bila smp tempat kejadian drive slow, smbl tgn pgg henpon nak ambil gmbr. Korang nk ambil gmbr bukti jenayah korang ke ape?
Eksiden berlaku lbh kurg pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yg smp adalah lbh kurg SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yg biasanya ambil masa x sampai 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tinggal lg sorang rider.
Ambulans kedua sampai selepas 2 JAM SETENGAH! Eksiden pkl 3:30 dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat2 pukul 6 weh!Semua disebabkn PEMBUNUH2 ni yang dengan tanpa segan silu guna lorong kecemasan.
Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami sampai diorg stil respond dan separa sedar. Kami tengok sendiri condition diorg deteriorate dlm masa menunggu ambulans sampai.
Apa yg kami blh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diaorang dari pengsan/tido. Masa ambulans sampai diorg dh kurang response dan semakin lemah. Sekarang diorg kt Hosp Seremban dan kami pun xtau apa condition diorg skrg. Harap2 diorg selamat walaupn harapan agak tipis.
Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korg sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tapi disebabkan keBANGANGan korg org yg x bersalah jd mangsa.
Aku xdoa benda ni jadi kt korg blk, cukupla korang sedar dan xbuat lg. Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, igtlah yg korg juga mungkin akan jd PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hr ni aku rasa perasaan benci tu dh smp tahap maksima. Korang dh jd PEMBUNUH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment