Tuesday, 24 May 2016
Filled Under:
HIBURAN
Fasha Sandha Rahsiakan Konflik Rumah Tangga kecuali...!!
Posted By:
Unknown
on 07:20
Sekiranya keadaan memaksa - itu 'azam' pelakon Fasha Sandha untuk mendedahkan perkara sebenar dihadapinya dalam pertikaian peribadi membabitkan bekas suami, Jejai.
Setakat ini, bagi Fasha, segalanya biarlah rahsia.
Merujuk kepada laporan polis dibuatnya pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, kepada wartawan Fasha enggan mengulas lanjut mengenai laporan terbabit.
"Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi lebih tentang butiran laporan yang dibuat, tetapi sekiranya satu hari nanti saya terpaksa mendedahkan kejadian sebenar, mungkin saya perlu berbuat demikian.
"Tetapi sekarang selagi boleh ditutup, saya akan tutup," katanya.
Fasha ditemui di majlis memperkenalkan duta Syukur Selalu TV3, TV9 dan Tonton di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
Laporan Fasha dibuat di balai polis Ampang. Beliau ditemani peguam Zulkifli Che Yong.
Fasha menegaskan tindakan sebelum ini diambil hanya bagi memastikan keselamatannya terjamin.
Katanya, tindakan itu tidak sama sekali berniat mahu menjatuhkan air muka sesiapa.
"Saya berhak untuk membuat laporan polis sekiranya berasa diri dan keselamatan anak-anak terganggu," katanya.
Dengan status selebriti, Fasha mengakui hal demikian memang mudah menarik perhatian ramai.
"Saya tahu sebaik saja laporan itu dibuat umum akan dapat hidu dan tahu dengan sendirinya disebabkan status saya sebagai pelakon.
"Tetapi saya tidak memikirkan hal itu kerana yang penting adalah mendapatkan hak perlindungan yang dirasakan perlu.
"Keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada peguam," katanya.
Fasha berkahwin dengan Jejai pada 27 April 2012, namun pasangan itu disahkan bercerai pada 20 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata - Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment