Friday 22 April 2016

Filled Under:

Maxis Kehilangan 1 Juta Pelanggan – 400 000 Pelanggan Dalam Jangka Masa 3 Bulan..!!






Menurut laporan daripada The Malaysian Reserve , Maxis telah kehilangan 1 juta pelanggan dalam jangka masa setahun. Malah dalam tahun ini sahaja pada 3 bulan pertama 2016 Maxis sudah kehilangan 400 000 pelanggan.  Menurut pakar analisis, ini adalah disebabkan oleh syarikat Maxis yang sangat lambat terhadap kepada perubahan pasaran. Pesaing seperti Digi dan Celcom cepat bertindak balas terhadap pelan telco yang lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.
Pada masa yang sama , pendapatan perkhidmatan postpaid dan prepaid Maxis pula berkurangan daripada RM 1.02 Billion kepada RM 994 Juta.
Sejak April 4 2016 , apabila isu krisis sosial media Maxis meletup maka saham Maxis sudah ditimpa kejatuhan 7% dalam pasaran saham.
Oleh itu , adakah Maxis akan lagi dapat terus mengekalkan status mereka sebagai Telco No 1 negara ? Persoalan yang lebih menarik adalah adakah Maxis akan mampu bangkit daripada krisis ini ataupun lebih banyak lagi pelanggan mereka terkini juga akan keluar daripada menggunakan Maxis ?
Maxis harus berwaspada kerana pelanggan kini lebih bijak dalam memilih terutama dengan persaingan telco yang menjanjikan pelan lebih murah.




7 comments:

  1. Dulu line maxis kat umah saya memang laju....tapi sekarang nak kena cari line sampai kena kluar umah,,,line slow gler,,family saya banyak yg dah berhijrah ke celcom sebb line mereka laju.....

    ReplyDelete
  2. Memang layak pun.. Sejuta tu pun sikit..

    ReplyDelete
  3. Padan muke....aku pon nak tukar pegi celcom

    ReplyDelete
  4. Padan muke....aku pon nak tukar pegi celcom

    ReplyDelete
  5. Aku pn dah tukar p celcom

    ReplyDelete
  6. Ini KIFARAH bg mereka yg sombong...

    ReplyDelete
  7. Abam pakai simkad ajaib, setiap bulan dok bank in pulusss masuk akaun bank :D nak tau lebih jom add fb sini : kenzu92@yahoo.com

    ReplyDelete