Saturday, 23 April 2016

Filled Under:

''Seorang Budak Lelaki Nazak Merayu Supaya Ibunya Mengambil Buah Pinggangnya..!!













Kasih sayang seorang ibu kita tahu itu adalah pasti. Namun kasih sayang seorang anak? Kita belum tentu dapat tahu. Namun, kata orang cinta tidak memerlukan syarat. Seorang budak lelaki di China yang bernama Chen Xiaotian meninggal dunia selepas dua tahun berperang dengan kanser otak. Pada usia seawal lima tahun dia disahkan menghidap penyakit tersebut. Hasratnya ketika hidup adalah untuk menyelamatkan ibunya yang menhidap penyakit Uremia pada masa itu.
Menurut pakar yang merawati ibu Chen, hanya dengan satu pemindahan buah pinggang akan menyelamatkan nyawanya. Apabila keadaan Chen semakin teruk, nenek Chen bersetuju dengan idea cucunya untuk menderma buah pinggangnya kepada ibu Chen. Pada mulanya beliau enggan menerima kerana dia masih berharap Chen akan pulih seperti sedia kala.
Walau bagaimanapun, Chen meminta ibunya untuk menerima buah pinggangnya untuk menyelamatkan penyakit ibu Chen dan biarkan dia pergi dengan tenang. Beberapa jam selepas kematian Chen, buah pinggangnya berjaya dipindahkan ke dalam ibunya dan prosedur dianggap berjaya. Sebelah lagi buah pinggang didermakan kepada orang lain dan Chen turut menderma hatinya.




0 comments:

Post a Comment