Friday, 22 April 2016

Filled Under:

“Jika Nak Saya, Mesti Nak Anak Saya Juga - SITI NORDIANA''



Walaupun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.



Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti buat dirinya, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik.
“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.
“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa ini, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” ujar Nana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.
Malah, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.
“Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga,” tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak. Kami doakan Nana semoga lebih berjaya dan bahagia. 




0 comments:

Post a Comment