Saturday, 23 April 2016
Filled Under:
semasa
Ruhainies Kecewa Sikap Janna Nick..!!
Posted By:
Unknown
on 20:41
Pelakon yang mempunyai wajah iras Nora Danish iaitu Ruhainies akui terkilan apabila Janna Nick masih memanjangkan isu pergaduhan mereka.
Walauun Ruhainies telah membuat kenyataan terbuka telah memaafkan kesalahan pelakon itu, namun Janna telah memuat naik video berserta kepsyen mencemuh dirinya sebagai kurang matang.
Ini komen dari Ruhainies:
“Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja”
“Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya”
“Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,”
Pergaduhan di antara mereka bermula apabila Janna dikatakan menghasut pengarah terkenal, Micheal Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai teraju utama didalam filem arahan terbarunya, Kimchi Untuk Awak.
Semoga kekeruhan ini dapat dijernihkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete