Friday 22 April 2016

Filled Under:

''Bayi 3 Bulan Di Buang di Dalam Beg Tesco..!!''

 

Seorang bayi perempuan berusia kurang dari 3 bulan telah ditemui di tangga sebuah pangsapuri, yang manadipercayai telah dibuang oleh ibunya, malam tadi. Dalam penemuan pada jam 11.30 malam itu di Pangsapuri Sri Dahlia Laman Puteri 3, Bandar Puteri Puchong itu, Wan Azri Wan Azmi, yang baru pulang dari menyelesaikan kerjanya, terdengar suara tangisan bayi.


Ketika hendak menaiki tangga pulang ke rumah, tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis. Saya cuba untuk mencari suara tangisan itu dan ternampak sebuah beg putih Tesco yang bergerak-gerak.

Apabila saya mendekati dan memeriksa isi kandungan beg itu, saya dapati ada seorang bayi yang masih hidup di dalamnya.

Bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan tiada sebarang kecederaan dialami. Namun tidak dapat dikenal pasti kewarganegaraannya.

Susulan itu, Wan Azri membuat laporan polis berhubung penemuan yang tidak disangkakan. Bayi berkenaan telah dihantar kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.













0 comments:

Post a Comment