Safiey Illias merupakan nama yang menjadi sebutan ramai di media sosial yang mana memilih jalan bertaubat menjadi lelaki semula.
Ketika bersama program tv Al hijrah, Safiey memberitahu dia tidak kisah jika caranya dianggap riak oleh sesetengah pihak kerana niatnya hanya ingin berdakwah.
Menurut Safiey lagi dia ingin menebus kembali masa lalunya yang penuh dengan kegelapan dan bercadang mahu menceburkan diri dalam kumpulan tabligh satu hari nanti.
“Saya dah bazirkan banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus semua itu,” katanya.
Malah Safiey juga mengakui mempunyai niat untuk membantu golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan namun dia terlebih dahulu mahu mendalami teknik dakwah yang betul, seperti mana yang dilakukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Menurutnya juga, dia mempunyai sifat lembut sejak dari umur 5 tahun lagi malah sering disindir dan diejek oleh rakan-rakan sebagai mak nyah.
“Situasi itu membuatkan saya jadi ego. Alang-alang orang dah panggil saya mak nyah, baik saya jadi mak nyah dalam erti kata yang sebenarnya.
“Saya nak buktikan saya boleh jadi lebih cantik dari mereka (golongan perempuan),” ujarnya lagi.
Baru baru ini safiey telah pun membuat pembedahan membuang payudara nya dan kini dalam usaha mendalami ilmu agama..
0 comments:
Post a Comment