Friday, 22 April 2016

Filled Under:

‘Salahkan El-Nino Kalau Bil Letrik Akak Mahal’ – TNB






Jadi viral hari ini di mana laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline, diserang oleh netizen yang tidak berpuas hati bil elektrik bulanan mereka naik mendadak berbanding kadar penggunaan biasa.



Menurut Farhan Sofia, bil elektriknya pada bulan lalu RM60 sahaja. Namun, bil elektrik bagi bulan April pula dikenakan sebanyak RM182. Naik tiga kali ganda.

Bila call TNB Careline dan tanya kenapa naik 3 kali ganda, TNB jawab sebab el nino. Selepas itu cakap okay dan akan hantar kakitangannya untuk periksa kalau. Kalau meter rosak, TNB akan ganti. Kalau tak rosak, TNB akan caj pada bil saya sebanyak RM5.




Kenapa nak caj lagi? Tak cukup ke dah dekat tiga kali ganda TNB caj bil elektrik saya? Sedangkan saya 7 hari seminggu, hanya malam sahaja berada di rumah. Customer minta tolong, bukan minta dikenakan caj tambahan,



Jumlah bil elektrik Puan Suziey Sue pula, lebih dahsyat di mana beliau dikenakan caj sebanyak RM569.90


Biasa saya kena RM80 camtu. Kenapa bil untuk bulan ini naik mendadak sampai RM200? Bila saya pergi TNB terdekat, kakitangannya kata salah bacaan meter. Bila pergi periksa, bacaan tetap sama, saya tetap disuruh bayar jumlah itu. Jadi, buat apa datang check kalau dipaksa juga untuk bayar jumlah yang ditetapkan itu?


Susulan itu, ramai pengguna TNB menggesa penjelasan dari pihak TNB kerana jumlah yang dikenakan adalah tidak masuk akal.





2 comments: