Thursday 21 April 2016

Filled Under:

"JANGAN BUANG AIRPORT BOARDING PASS ANDA BEGITU SAHAJA..." KENAPA ???




Kadangkala benda yang nampak remeh itu sebenarnya penting. Selalu apa korang buat selepas sampai di destinasi? Mesti terus buang macam tu je kan boarding pass korang? Namun, jangan tak tahu Boarding pass  mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas.


Tetapi tahukah anda bahawa boarding pass perlu dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas penerbangan?

Kenapa? Ini adalah sebabnya.

Menurut pakar forensik bernama Winston Krone, boarding pass mempunyai kod bar (bar code) yang mengandungi maklumat peribadi penumpang seperti nama, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon. Oleh itu, jika kod bar ini diperolehi oleh orang lain, dengan mudah untuk hacker memperolehi maklumat peribadi dan kewangan anda.

Apabila kod bar pada boarding pass diletakkan pada ‘bar code reader’, kesemua maklumat yang terkandung dalam kod bar itu akan dapat dilihat. Maklumat peribadi yang penting ini boleh digunakan oleh hacker atau pencuri.

Oleh itu, pastikan anda menyimpan boarding pass anda dengan selamat sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Selepas itu anda boleh melupuskannya dengan cara mengoyak sehingga hancur atau membakarnya supaya maklumat peribadi anda pada kod bar tersebut tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Selain itu, elakkan mengambil gambar boarding pass anda dan menyiarkannya di media sosial. Menerusi teknologi yang terkini pada hari ini, hanya beberapa klik di hujung jari sahaja kesemua maklumat peribadi anda boleh diperolehi. Semoga bermanfaat!

Sumber: Ong Guan Tong




0 comments:

Post a Comment