Thursday 21 April 2016

Filled Under:

Nota Terakhir Nuri Sebelum Pergi Selamanya, Nyatakan Kerinduan Terhadap Bapa





2 hari lepas, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak darjah satu, iaitu adik Nuri Nadirah Ruslan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 yang meninggal dunia selepas dipatuk ular.


Jenazah arwah Nuri telah selamat dikebumikan kira-kira jam 9.45 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff  selepas ditangguhkan akibat sedikit masalah tidak dapat dielakkan.




Pemergian adik Nuri ternyata membuatkan ramai netizen bersedih dan ramai antara mereka mengikuti perkembangan kisah arwah.

Semalam, bapa arwah, Encik Ruslan Gazali telah memuatnaik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuri di mana arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.

Nota berkenaan juga membuatkan hati ramai netizen terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.

Selain itu, Encik Ruslan juga turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial, beliau juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.

Semoga adik Nuri tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al fatihah buat anak syurga ini.





0 comments:

Post a Comment