Tuesday, 24 May 2016

Filled Under:

Cara Penggunaan Air-Cond Yang Betul Untuk Elakkan Bil Melambung (Mohon Kongsikan)..!!







Artikel ini merupakan perkongsian Nael Sahlan iaitu cara-cara penggunaan alat penghawa dingin yang betul untuk menjimatkan bil eletrik di rumah anda.





    Bil letrik rumah aku meningkat sebanyak 150% pada bulan lepas. Mungkin kerana penggunaan alat penghawa dingin yang kerap sejak kebelakangan ini menjadi bil elekrik rumah aku lebih mahal daripada bulan-bulan sebelumnya.
    Aku kemudiannya cuba mencari di internet cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga eletrik semasa menggunakan penghawa dingin dan berikut merupakan jawapan yang aku perolehi:

    Tetapkan mod penghawa dingin kepada mod Kering/Dry

    Untuk pengetahun, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C.

    Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.

    Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C.
    Jadi, pada waktu malam, disyarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik

    Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam.
    Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

    Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat. 




    0 comments:

    Post a Comment