Sunday, 22 May 2016
Filled Under:
semasa
Saya Ingat Ibu Bapa Saya Yang Masukkan, jelas Pelajar Yang Tersalah Terima RM18.75 Juta Dari Bank..!!
Posted By:
Unknown
on 06:17
Seorang remaja menjadi kaya raya selepas sejumlah duit yang sangat besar dimasukkan ke dalam akaunnya selepas kesilapan teknikal oleh pihak bank.
Selepas membelanjakan US$4.6 juta (RM18.75 juta) untuk beg tangan dan barangan berjenama dalam masa 11 bulan, pelajar Malaysia yang belajar di Australia memberi penjelasan mengenai tindakannya itu ketika ditanya oleh pihak pengurus bank tersebut.
Pelajar 21 tahun itu menerima panggilan telefon pada 8 April tahun lepas dari bank Wespac yang telah membekukan akaunnya setelah mengetahui bank itu tersalah memberi overdraf tanpa had ke akaun pelajar tersebut.
Ketika ditanya mengapa keluarkan wang yang banyak US4.6 juta (RM18.75 juta) pelajar itu menjawab dia menyangka ibu bapanya yang memasukkan duit tersebut ke akaunya.
"Saya beli pakaian, kasut dan banyak beg tangan.. Mereka semua di rumah saya di Rhodes", katanya sambil menambah dia kini hanya mempunyai wang $4,000 (RM12,000) ditangan.
"Ibu saya akan datang melawat pada Jun dan akan memberi cek bank
"Saya sudah memberitahu ibu bapa saya tentang perkara ini dan mereka tidak gembira dengan saya', katanya yang dipetik dari transkrip perbualan dalam panggilan telefon itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment