Saya ingat lagi ketikamula-mula kita kenal dulu . Saya baru habiskan pengajian Master , tengah usung sijil ke hulu ke hilir mintak kerja. Dan masa itu saya tengah kecewa dengan bekas teman wanita. Awak yang bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan master saya.
Saya perasan awak tak pernah merungut walaupun saya susah. Tak
pernah tarik muka walaupun saya bawa awak pergi makan warung-warung dan
kadang-kadang awak yang tolong bayarkan itu ini.
Selama kita kahwin 3 tahun, sekalipun saya tak pernah layan
awak sebagai isteri . Saya ingat lagi, betapa sabarnya awak sebelum kita kahwin
dulu berapa banyak kali saya lukakan hati awak . Kantoi ada perempuan lain sana
sini. Tapi awak masih sabar.
Sejujurnya dulu masa kita kahwin, saya kahwin dengan awak sebab saya rasa
kesian. Saya rasa awak memang perempuan yang bersungguh-sungguh dengan saya.
Saya terluka setiap kali ingat semula tentang kita. Cincin tunang dan kahwin
kita awak sendiri beli. Saya teringat betapa terujanya awak kita nak kahwin .
Awak sibuk pilih baju, pilih hantaran yang awak suka . Tapi saya sepatah tak tunjuk minat. Saya tahu awak terasa hati tapi entah mungkin sebab saya ego, Saya biarkann saja . Saya ingat lagi dua hari sebelum kita kahwin awak tanya betul ke awak pilihan saya . Saya cuma mampu tengok wajah awak sebab saya takde jawapan untuk soalan tu. Walau saya acuh tak acuh, saya tak bersungguh-sungguh dan tak stabil awak tetap nak berkahwin dengan saya.
Tiga tahun kita kahwin, kita masih belum ada anak. Saya nampak
kadang-kadang bila awak imbas kenangan kita, tengok facebook kawan-kawan awak
yang bahagia dengan kehidupan dia orang suami dan anak dia orang . Awak jadi
sedih . Sedih bukan sebab awak takda anak.
Tapi sedih sebab saya gagal kan? Gagal jadi suami yang baik untuk awak. Saya tahu awak kecewa sebab saya selalu abaikan awak, saya tak pernah tunjuk minat untuk ada anak, saya tak pernah cuba faham awak. Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sendiri masa kita kahwin dulu . Saya tak cintakan awak tapi saya tak mampu undur diri .
Tapi sedih sebab saya gagal kan? Gagal jadi suami yang baik untuk awak. Saya tahu awak kecewa sebab saya selalu abaikan awak, saya tak pernah tunjuk minat untuk ada anak, saya tak pernah cuba faham awak. Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sendiri masa kita kahwin dulu . Saya tak cintakan awak tapi saya tak mampu undur diri .
Walaupun tiga tahun dah berlalu tapi hati saya masih lagi belum
terbuka untuk terima awak sepenuhnya . Dan saya diuji bila bekas teman wanita saya muncul semula dalam hidup saya . Lagi
sekali saya abaikan awak. Dan tak lama lepas itu mungkin tuhan nak tunjuk pada
awak betapa tak gunanya saya sebagai suami. Awak terbaca semua whatsapp saya dengan
dia.
Ya saya tahu awak terluka . Dan banyak hari yang saya lukakan awak . Hari itu awak paling terluka . Awak tunjuk whatsapp itu dekat saya. Air mata awak mengalir, masa itu saya betul-betul tak tahu nak buat apa. Saya dengar awak tersedu-sedu menahan tangis dalam bilik kita. Betapa Egonya saya . Saya tak cuba pujuk awak langsung.
Ya saya tahu awak terluka . Dan banyak hari yang saya lukakan awak . Hari itu awak paling terluka . Awak tunjuk whatsapp itu dekat saya. Air mata awak mengalir, masa itu saya betul-betul tak tahu nak buat apa. Saya dengar awak tersedu-sedu menahan tangis dalam bilik kita. Betapa Egonya saya . Saya tak cuba pujuk awak langsung.
Saya hilangkan diri berhari-hari dengan alasan kerja di luar
kawasan . Dan saya terima sms dari awak . Awak nak saya balik . Awak janji awak
akan lupakan apa yang awak dah baca dan awak janji yang awak akan buat seperti hal ini tak pernah
terjadi . Sms kedua masuk , ringkas “saya dah mengandung, abang baliklah. Saya
masak makanan kegemaran abang”
Saya balik dan cuba untuk sayangkan awak memandangkan awak
pun dah mengandung. Lagi sekali saya
lukakan hati awk. Saya tak pernah teman awak
bila awak jumpa doktor, saya tak pernah bangun bila awak muntah-muntah, saya pura-pura tidur bila awak kekejangan dan saya tak pernah tanya awak
mengidam atau sakit apa-apa.
Entah mungkin awak tahu siapa saya dan kenal siapa saya. Awak
diamkan saja. Tak pernah awak merungut sepanjang 9 bulan awak mengandung. Awak
tetap bangun pagi masakkan saya, siapkan pakaian dan jaga makan minum saya.
Saya pernah tinggikan suara pada awak sebab awak demam dan mungkin betul awak
tak larat masa itu.
Saya marah dan minta awak jangan mengada-ngada. Sedangkan itu kali pertama awak mengandung awak mengadu sakit dan minta saya bawakan awak pergi hospital. Sedangkan selama ini kalau awak demam sakit atau apa awak berselubung tahan sakit sampai tertidur . Hari ini baru saya sedar betapa kejamnya saya.
Saya marah dan minta awak jangan mengada-ngada. Sedangkan itu kali pertama awak mengandung awak mengadu sakit dan minta saya bawakan awak pergi hospital. Sedangkan selama ini kalau awak demam sakit atau apa awak berselubung tahan sakit sampai tertidur . Hari ini baru saya sedar betapa kejamnya saya.
Disebabkan saya ego saya tak pernah cuba cari peluang untuk
adakan masa untuk awak. Alasannya sebab saya sibuk. Bila awak sms atau whatsapp
cerita itu ini . Saya cuma baca sahaja.
Status terakhir awak update di wechat “Jangan benci sesuatu perkara, kelak perkara yang
kau benci akan jadi perkara paling kau rindu”
Saya tak sangka itu moment terakhir awak. Awak hembuskan
nafas terakhir pada hari ahad 3 MEI 2015 dan hari ini genap setahun kepergian awak .
Saya tak tahu kesakitan apa yang awak tanggung masa nak lahirkan anak kita.
Maafkan saya walaupun masa awak lahirkan anak kita saya tetap takde disisi awak . Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yang awak lalui masa itu sendirian . Sedangkan orang lain ada suami di sisi. Maafkan saya sebab saya tak pernah tunjuk kasih sayang pada awak dan anak kita . Saya tak pernah ambil tahu pasal awak dan anak kita .
Hari awak tinggalkan saya, saya mula sedar yang saya jatuh
cinta pada awak dan saya mula sayangkan anak kita . Saya cuma sempat bisikkan
pada awak terima kasih sebab lahirkan anak kita . Tapi saya nampak awak dah tak
bergerak, dah takde lagi isteri yang senyum
, pegang dan cium tangan saya . Maafkan saya walaupun masa awak lahirkan anak kita saya tetap takde disisi awak . Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yang awak lalui masa itu sendirian . Sedangkan orang lain ada suami di sisi. Maafkan saya sebab saya tak pernah tunjuk kasih sayang pada awak dan anak kita . Saya tak pernah ambil tahu pasal awak dan anak kita .
Tuhan saja tahu betapa saya menyesal masa itu . Saya kucup dahi awak lama-lama dan masa itu saya mula berharap agar saya dapat cium lagi awak macam mana saya cium awak hari itu . Dan sekarang saya faham rasa bila kita mencintai orang yang takkan ada untuk kita.
0 comments:
Post a Comment