Tuesday, 24 May 2016

Filled Under:

Kenapalah Anak Aku Boleh Kahwin Dengan Perempuan Miskin Macam Kau InI" - Mertua..!!



Kisah benar yang  Di Ambil Di FaceBook Kisah Rumah Tangga.


Saya menjadi janda ketika usia 22 tahun. Suami saya berusia 39 tahun. Suami saya ini, gaji memang cukup sebab kontraktor. Projek pun hampir setengah juta. Tetapi malangnya dia sangat kedekut. Nafkah saya cuma dapat RM100 sebulan.

Dia panas baran dan setakat kena maki atau kena pukul, saya sudah lali. Keluarga mertua saya suka menghina keluarga saya yang miskin. Kalau tengok rumah ibu saya itu, memang orang tak akan masuk pun. Rumah usang seperti pondok sahaja.

Kami bercerai dan saya kata saya yakin yang dia akan menyesal apa yang dia telah lakukan pada saya.

Saya pulang ke rumah ibu, berpelukan dengan ibu. Minta restu doa dari seorang ibu.

Saya mulakan kerjaya dengan menjadi ejen dropship jubah, tudung dan semuanya saya jual secara online. Komisyen yang saya dapat hanya RM10 bagi setiap jualan. Saya kumpul sampai RM300, kemudian saya buka bisnes sendiri jual sambal cili api.

Saya kumpul lagi sampai RM2,000 yang mengambil masa bertahun juga. Saya abaikan keinginan mahu membeli handbeg, pakaian cantik itu semua. RM2,000 itu dijadikan sebagai modal bisnes online yang lain pula.

2 tahun barulah saya berjaya kumpul RM10,000. Sekarang saya ada syarikat sendiri dan ada 200 orang ejen. Bekas suami pun sudah mula menghubungi saya melalui mesej bertanya khabar, kononnya mengambil berat.

Saya berkata kepadanya,

"Rezeki seorang isteri tetap Allah yang beri, bukannya suami,"

Dia merayu-rayu meminta maaf. Saya sudah lama memaafkan dia tetapi untuk kembali kepadanya, memang tidak akan sesekali. Setiap perkahwinan yang menyakitkan Allah itu hukumnya haram. Saya mendoakan agar dia berubah dan bertemu dengan jodoh yang lain.

Kepada akak-akak di luar sana, janganlah berputus asa bila rumah tangga berantakan, sebab rezeki seorang isteri itu tetap Allah yang berikan, bukannya suami.


Sekarang saya sudah pun bernikah dengan seorang lelaki bujang yang sangat penyabar. Dia tidak pernah mengungkit kisah silam saya. Saya bahagia sebab dia ajar saya semua tentang fardu ain. Dia membimbing saya dengan baik.

Pada saya, Allah tak bagi apa yang kita mahukan, tetapi Dia beri apa yang kita perlukan. 




0 comments:

Post a Comment