Tuesday 2 February 2016

Filled Under:

MUKHRIZ UMUM LETAK JAWATAN MB KEDAH..!!




Nampaknya kemelut yang melanda Menteri Besar Kedah kini sampai ke penghujungnya apabila
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.


Pengunduran beliau dibuat secara rasmi di sidang media tadi dan berkuat kuasa serta merta di mana beliau telah dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti Dewan undangan Negeri Kedah.



"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.



Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.
Mukhriz turut melafazkan ikrar taat setia, yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
 Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.



Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada hari Khamis ini.




0 comments:

Post a Comment